Monday, 12 November 2012

Cuti-Cuti Malaysia




Cuti semester dah bermula begitu juga dengan cuti sekolah, dan banyak perkara yang boleh dibuat semasa cuti ini. Perkara yang paling seronok dilakukan pada masa cuti ialah bersiar-siar terutamanya bersama keluarga dan banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi bersama ahli keluarga..................


  • CAMERON HIGHLANDS














Ramai diantara keluarga yang mungkin gemar pergi bercuti ditempat-tempat yang sejuk dan tinggi untuk menghirup udara yang segar. Cameron Highlands merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar kerana panorama ladang tehnya yang terbentang luas, buah-buah strawberi yang merah menyala disamping bunga-bunga segar yang hidup subur di tanah tinggi ini. Selain itu cuacanya yang sejuk memberi keselesaan kepada pelancong yang datang untuk bercuti.

  • MELAKA

 













Melaka sarat dengan tarikan sejarahnya, fakta yang saya yakin anda semua pun tahu. Cuma perlu bersedia untuk kesesakan di kawasan pusat bandar, lebih-lebih lagi musim cuti ini. Jadi, mungkin saya boleh cadangkan sebuah "resort" yang terletak berhampiran dengan tol Ayer Keroh, Philea Resort & Spa.

Dengan persekitaran di tengah-tengah alam semulajadi, Philea memang sesuai untk cuti seisi keluarga. Kolam renangnya besar dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan.


Dan kalau tinggal berhampiran kawasan Ayer Keroh, memang banyak tempat-tempat menarik boleh dikunjungi termasuk Taman Buaya, Taman Rama Rama, Zoo dan yang MESTI-PERGI, Taman Botanikal Melaka.




  • TAMAN NEGARA



Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.

Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu.

Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.


  • BUKIT FRASER
      


Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga .

Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.

Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.


  • PULAU TIOMAN



Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang.

Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.


Tempat-tempat yang diberi merupakan antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga pada musim cuti ini. Banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi dan ini dapat meninggalkan kenangan manis yang mungkin diingati sampai bila-bila. Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti dan semoga sampai ke destinasi dengan selamat.................







No comments:

Post a Comment