- Mengikuti Program Khidmat Masyarakat.
Dengan menyertai program ini dapat mendidik diri kita untuk lebih mudah bergaul dengan orang yang berada disekeliling kita selain dapat membina jati diri dalam membentuk sikap yang suka menolong didalam diri seorang pelajar. Program ini juga dapat mendekatkan para pelajar dengan cara hidup bermasyarakat dan dapat eratkan lagi silaturahim.
- Menambah Pendapatan Sampingan.
Menambahkan pendapatan dan keuntungan tidak terhad kepada wang semata-mata, tetapi juga menerusi peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran menerusi aktiviti seperti membaca, menonton internet, menghadiri kelas-kelas kemahiran dan sebagainya. Aktiviti menulis blog juga merupakan satu cara mengisi lapang yang baik. Kita bukan sahaja dapat mengeluarkan pandangan, malah dapat juga menjana wang sampingan.
- Meningkatkan Kesihatan Diri.
Masa lapang juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan diri seperti mengurangkan berat badan, bersenam dan sebagainya. Pada waktu pagi kita boleh melakukan senaman seperti yoga dan tai chi, pada waktu petang pula kita boleh beriadah seperti bermain bola sepak, berkayak, berjoging dan sebagainya. Secara tidak langsung otot-otot fizikal kita akan menjadi semakin kuat dan daya ketahanan badan meningkat.
- Berzikir Dan Mengingati Tuhan.
- Melakukan kerja-kerja Rumah.
- Beriadah Bersama Keluarga.
- Pilih Buku Yang Sesuai Untuk Membaca.
Diharapkan dengan aktiviti-aktiviti yang diberi dapat mendorong pelajar menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan tanpa menggunakan tenaga atau wang ringgit dan semua ini bergantung pada diri kita sendiri dalam melaksakannya..........
No comments:
Post a Comment