Monday 12 November 2012

AKTIVITI MANFAAT SEMASA CUTI

Cuti semester dah bermula dan tentunya pelajar gembira bila tibanya waktu cuti. Banyak perkara manfaat yang boleh dilakukan sewaktu cuti selain daripada menonton televisyen dan lain-lain perkara yang tidak mendatangkan faedah..............Disini saya sertakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sepanjang cuti ini.

  • Mengikuti Program Khidmat Masyarakat.
Dengan menyertai program ini dapat mendidik diri kita untuk lebih mudah bergaul      dengan orang yang berada disekeliling kita selain dapat membina jati diri dalam membentuk sikap yang suka menolong didalam diri seorang pelajar. Program ini juga dapat mendekatkan para pelajar dengan cara hidup bermasyarakat dan dapat eratkan lagi silaturahim.

  • Menambah Pendapatan Sampingan.
Menambahkan pendapatan dan keuntungan tidak terhad kepada wang semata-mata, tetapi juga menerusi peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran menerusi aktiviti seperti membaca, menonton internet, menghadiri kelas-kelas kemahiran dan sebagainya. Aktiviti menulis blog juga merupakan satu cara mengisi lapang yang baik. Kita bukan sahaja dapat mengeluarkan pandangan, malah dapat juga menjana wang sampingan.

  • Meningkatkan Kesihatan Diri.
Masa lapang juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan diri seperti mengurangkan berat badan, bersenam dan sebagainya. Pada waktu pagi kita boleh melakukan senaman seperti yoga dan tai chi, pada waktu petang pula kita boleh beriadah seperti bermain bola sepak, berkayak, berjoging dan sebagainya. Secara tidak langsung otot-otot fizikal kita akan menjadi semakin kuat dan daya ketahanan badan meningkat.




  • Berzikir Dan Mengingati Tuhan.
Salah satu aktiviti ringkas yang boleh dilakukan semasa kelapangan ialah berzikir dan mengingati Tuhan. Aktiviti kerohanian seperti ini dapat menyucikan akal fikiran dan jiwa kita supaya kita berasa lebih tenang dan damai. Selain mengelakkan kita terjerumus dalam perkara-perkara yang dilarang agama.

  • Melakukan kerja-kerja Rumah.
Dengan masa lapang yang ada kita hendaklah sentiasa ringan tulang untuk membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, membersihkan kawasan rumah, menyapu dan sebagainya. Dengan itu secara tidak langsung dapat meringankan beban ibu bapa yang mungkin tidak sempat untuk melakukannya kerana sibuk dalam bekerja.

  • Beriadah Bersama Keluarga.
Masa bersama keluarga merupakan masa yang paling dinantikan oleh semua orang dalam mengisi masa cuti yang ada. Beriadah bersama keluarga dapat memberi kenangan yang manis disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan yang ada dan berkongsi cerita atau masalah sesama keluarga.

  • Pilih Buku Yang Sesuai Untuk Membaca.
Membaca buku merupakan satu amalan yang amat penting dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan memberi pelbagai sumber maklumat yang kita sendiri kurang tahu atau tidak tahu. Dengan memilih buku yang sesuai dapat memberi motivasi kepada diri dan menanamkan nilai-nilai positif dikalangan pelajar.

Diharapkan dengan aktiviti-aktiviti yang diberi dapat mendorong pelajar menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan tanpa menggunakan tenaga atau wang ringgit dan semua ini bergantung pada diri kita sendiri dalam melaksakannya..........












       


No comments:

Post a Comment