Friday 14 December 2012

Makanan sihat bagi mereka yang selsema


Gejala selsema sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Sama ada disebabkan cuaca yang tidak menentu ataupun virus yang menjangkit, gejala selsema sudah tentu akan mengganggu aktiviti harian anda.

Selain mengamalkan kesemua petua ini, jenis pemakanan yang anda ambil juga perlu dititikberatkan. Berikut antara 10 jenis makanan yang boleh anda ambil ketika gejala selsema menyerang anda:


1. Ais krim batang
Aiskrim boleh melegakan sakit, rasa gatal, bengkak, atau kering pada tekak. Ia juga membantu mengekalkan anda terhidrat, yang menganggu anda apabila berhadapan gejala selsema. Mendapatkan air yang secukupnya dapat membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat. Cari aiskrim batang yang diperbuat daripada 100% jus buah-buahan untuk memastikan anda mendapat nutrien yang penting dan bukannya air gula. Beberapa perisa seperti epal, anggur, atau strawberi boleh dicuba.
 2. Sandwich Turki
Ayam belanda adalah pilihan terbaik, ia merupakan makanan yang mengandungi protein tanpa lemak. Sekalipun anda tidak menyukai rasanya, namun makanan ini membantu membekalkan tenaga dalam badan untuk melawan penyakit.

3. Jus Sayur-sayuran
Selain salad, segelas jus sayur-sayuran yang rendah natrium rendah akan membekalkan anda dengan imun-merangsang antioksida dan mengekalkan diri anda dari terus terhidrat.
 4. Sup Ayam
 Berkhasiat dan menghidratkan, terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa sup ayam boleh membantu untuk menyembuhkan dan mempunyai kesan anti-radang yang sederhana. Kajian telah mendapati bahawa sup ayam panas dapat meningkatkan keupayaan silium, rerambut kecil pada bahagian rongga hidung, untuk melindungi badan daripada bakteria dan virus.
 5. Bawang putih
Untuk itu, bawang putih merupakan pilihan yang baik bagi menyediakan hidangan seperti sup. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob dan imun-merangsang serta boleh memberi kelegaan bagi masalah hidung tersumbat.
 6. Halia
 Sakit perut? Loya? Halia adalah yang sering digunakan untuk melegakan gejala-gejala ini. Beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu melawan keradangan.
 7. Roti Bakar
 Roti bakar antara makanan yang mudah apabila melawan penyakit. Tambahan pula roti bakar bersama dengan mi sup ayam boleh mengembalikan selera makan anda.
 8. Pisang
Pisang merupakan makanan yang berkesan terhadap gejala selsema, loya, muntah dan cirit-birit. Pelbagaikan hidangan anda berserta dengan beras, sos epal dan roti bakar.
 9. Teh Panas
Teh hijau membantu melawan penyakit antioksida. Bernafas dalam wap terutamanya berasaskan teh boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Campurkan sesudu madu dan perahan limau untuk membantu melegakan sakit tekak. Jika kafein mengganggu anda, pilihlah bebas kafein atau versi herba.
 10. Minuman Gantian Hidangan
 Jika selera makan anda telah kembali, cuba minuman gantian untuk mendapatkan nutrien dan kalori yang betul. Cari minuman bebas laktosa dengan sekurang-kurangnya 6 gram protein dan rendah gula. Perisa seperti strawberi dan coklat memiliki vitamin, nutrien dan kalori yang lebih banyak.



                                                                           
             

KHASIAT BAWANG PUTIH

                                                      
                   
                                                       

  •  Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad-abad lamanya, tetapi kini para penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.
  • Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida (H2S), yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

  • Tetapi para penyelidik menyatakan jika kajian selanjutnya mengesahkan penemuan bahawa bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan.


  •  Dalam kajian itu, penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di Birmingham, dan rakan-rakannya menganalisis kesan jus yang diekstrak daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.
  • Mereka mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih. Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.
  • Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku pada membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida juga dihasilkan dalam sel.
  • Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan, dan para penyelidik mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan dalam diet manusia.


Sunday 9 December 2012

Taman Dalam Tasik




Taman dalam tasik ini dipanggil Green Lake. Ia terletak berhampiran kaki pergunungan Hochschwab, Austria.

Sepanjang musim sejuk lalu, tempat ini hampir sepenuhnya kering dan biasa dikunjungi oleh pendaki sebelum mendaki gunung. Tetapi apabila suhu mula meningkat pada musim panas, ais dan salji di puncak gunung mulai mencair dan turun ke kawasan bawah. Akhirnya kawasan bawah di penuhi dengan air dan menjadi tasik.

Tasik ini dipenuhi dengan air sejuk yang jernih, dan kelihatan seperti warna hijau oleh rumput dan pokok-pokok didasarnya. Kini, tempat ini menjadi tarikan untuk para penyelam dari seluruh dunia.










21 Larangan Pelik Di Seluruh Dunia



1. THAILAND
Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

2. SWISS
Dilarang berkebun di hari minggu.

3. SWEDEN
Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

4. KOREA SELATAN
Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

5. SINGAPURA
Dilarang berjalan (bogel). Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

6. UNITED KINGDOMDilarang menjual sayuran di hari minggu. Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

7. MEXICO
Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja. Dilarang memaki di tempat umum.

8. AUSTRALIA
Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.

9. GREECE
Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

10. KANADA
Dilarang menampal pelekat luka di tempat umum. Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan. Dilarang memanjat pokok.

11. PERANCIS
Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

12. ISRAEL
Dilarang memelihara babi di Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

13. AMERIKA (ARIZONA)
Dilarang memandu tanpa kasut.
Dilarang bermain domino di hari Minggu.
Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api. Dilarang memandu dengan mata tertutup.

14. ALASKA
Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. Dilarang memberi minum bir pada rusa. Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

15. ARKANSAS
Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan. Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub. Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara. Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

16. CALIFORNIA
Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

17. COLORADO
Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

18. CONNECTICUT
Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

19. FLORIDA
Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang. Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6. Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

20. WASHINGTON
Dilarang menyusui anak di tempat awam.

21. MALAYSIA
Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.

Sunday 2 December 2012

PERSONALITI BERDASARKAN JENIS DARAH..

      


               Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out.. 








DARAH O 

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
 



DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. 

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai. 

DARAH B 

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. 

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. 

DARAH AB 

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. 
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
 



Peristiwa penting 2012 rakyat Malaysia


   Berikut merupakan perkara dan peristiwa penting yang akan berlaku kepada rakyat Malaysia.  Mungkinkah ada sebahagian dari peristiwa tersebut akan merubah lanskap politik dan kehidupan kita di Malaysia?  Kita lihat dan tentukan.
 
 



1.  Denda RM300 bagi penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang.
 
     Pemilik kenderaan yang tidak menyediakan tali pinggang belakang kenderaannya juga akan di denda.

2.  Perlindungan data peribadi yang lebih baik
 
     Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dijangka dikuatkuasakan, di mana adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak menjual data peribadi pelanggan untuk tujuan komersial tanpa kelulusan pemiliknya.

3.  Pilihanraya ke -13
 
     Di dalam pilihanraya yang dijangka sengit ini, dakwat kekal akan digunakan buat pertama kali.

4.  Sukan Olimpik 2012 di London
 
     Mampukah Malaysia meraih pingat emas pertama terutama dari sandaran Lee Chong Wei?

5.  Akta Anti Persaingan Harga (competitive act) dikuatkuasakan
 
    Akta ini dijangka dikuatkuasakan pada 1 Januari di mana ia mencegah pemain-pemain industri untuk bekerjasama menetapkan harga sesuatu barangan.

6.  Kenaikan gaji bagi kaki tangan awam
 
     SBPA diperkenalkan menggantikan SSM dengan terdapat kenaikan gaji dan juga "exit policy" digunakan bagi menilai kaki tangan awam yang mempunyai rekod bertugas yang buruk.

7.  Pemansuhan ISA
 
     ISA dijangka akan diganti pada Mac setelah dua akta lain digubal menggantikannya.

8.  Bantuan RM500 untuk rakyat
 
     Bantuan RM500 ini disasarkan kepada lebih kurang 5.2 juta isi rumah yang berpendapatan                      sebulan RM3000 dan kurang.

9.  Duit kertas RM20 diperkenalkan semula
 
     Duit kertas akan berwajah baru dan duit RM20 diperkenalkan semula setelah kali terakhir digunakan pada tahun 1982.

10.  Peraturan baru taman asuhan kanan-kanak dan tadika
 
       Peraturan baru akan diperkenalkan memandang banyak pusat asuhan kanak-kanak dan tadika yang tidak berdaftar wujud di kawasan taman perumahan.

11.   Anwar dijatuhkan hukuman bersalah atau tidak
 
       Peristiwa penting ini akan berlaku pada 9 Januari yang menentukan lanskap politik tanah air.

12.   Putera William dan Kate Middleton melawat Malaysia
 
        Lawatan tersebut merupakan sebahagian dari Lawatan Dunia Keluarga di Raja sempena sambutan 60 tahun takhta Queen Elizabaeth. 

13.   Bil Perhubungan Antara Kaum akan dibentangkan
 
        Bagi meningkatkan perhubungan antara kaum dan integrasi, bil ini akan dibentangkan pada Mac.  Bil ini merupakan salah satu dari undang-undang menggantikan ISA.

14.   Lesen pemanduan transmisi automatic diperkenalkan
 
       Lesen pemanduan ini akan diperkenalkan pada May setelah kurikulum pembelajaran dan pengambilan lesen menggunakan kenderaan transmisi automatik digubal.

15.   Perkhidmatan keretapi KTM yang lebih laju
 
      Lebih 90,000 pengguna di KL, Klang, Seremban dan Rawang dijangka mendapat perkhidmatan keretapi yang lebih laju apabila KTM memperkenalkan keretapi baru pada Mac.

16.   Diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan Monorail warga tua
 
        Warga tua yang memang kad konsesi boleh menikmati diskaun 50 peratus LRT dan Monorail bermula 1 Januari.

Sunday 25 November 2012

FAKTA MENGENAI AL-QURAN





15 Fakta Tentang Al-Quran

1. Nama-nama lain Al-Quran yang disebut di dalam Al-Quran sendiri:
Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor dan Al-Huda.

2. Pertama kali Al-Quran diturunkan di:
Gua Hira (Makkah).

3. Tempoh Al-Quran diturunkan:
Secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari.

4. Jumlah surah yang diturunkan di Makkah:
86 atau 19/30 daripada isi Al-Quran.

5. Jumlah surah yang diturunkan di Madinah:
28 atau 11/30 daripada isi Al-Quran.

6. Jumlah ayat Sajdah (ayat disunatkan sujud tilawah apabila dibaca) di dalam Al-Quran:
15 ayat dalam 14 surah. Terdapat 2 ayat Sajdah dalam surah Al-Haj.

7. Berapa kali perkataan Allah disebut di dalam Al-Quran:
2698.

8. Berapa kali Al-Quran menekankan mengenai solat?
700.

9. Apakah perkara-perkara yang disentuh dalam Al-Quran?
Tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya.

10. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Yaa aiyu Han nabi?
11.

11. Dalanm surah mana Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Ahmad?
Surah As-Saf ayat 6.

12. Siapa orang pertama yang mengira ayat-ayat Al-Quran?
Aisyah r.a.

13. Siapa yang memberi nasihat kepada Saidina Abu Bakar agar mengumpulkan Al-Quran?
Saidina Umar Al-Khattab.

14. Perbezaan ayat-ayat Makkiyah dengan ayat Madaniyah:
Makkiyah – Lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan “yaa aiyuhannaas..” dan bersangkut dengan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.
Madaniyah – Berjumlah 4,780, lebih kerap dimulakan dengan perkataan “yaa aiyuhalladzina aamanu..” dan mengandungi hukum-hukum.

15. Nama nabi yang paling banyak disebut di dalam Al-QUran:
Nai Musa a.s.

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM





Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula
dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam
juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa
yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah
kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya
sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang
terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda
kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah,
namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang
sungguh bernilai.


Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru
berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah,
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.


Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana
banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping
ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan
ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan
memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi
pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang
mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari
Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu
darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw
dan mengenyangkan perut mereka."

Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari
Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab
Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari
Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan
laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari
Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan
menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah
memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga
kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan
terjadi pada hari Asyura."

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa
kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat
mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya
memohon keampunan.


Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah
sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka
diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini
mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya
Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah
kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi
Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka
berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.


Saturday 17 November 2012

AWAL MUHARRAM



Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.

Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Maal hijrah atau Awal Muharram merupakan merupakan permulaan tahun baru bagi takwim islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
 dalam tahun 622 Masihi.

Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) kepada yang lebih baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam islam bahkan ia adalah sebahagian dalam islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran islam itu sendiri.


KELEBIHAN BULAN MUHARRAM


1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)


Amalan Awal Muharram


Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.
Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut.
Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya… inilah yang dituntut oleh Islam!.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Jelas Ibni Abbas lagi,
“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:




“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram.
Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:



“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.
Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH.......


PERAYAAN DEEPAVALI


Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali ....

Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat
pada suatu masa dahulu.
 
 
 
 
 
Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebaikan akan mengatasi kejahatan. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar tidak melakukan kejahatan.
 
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
 


 

Pada pagi hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolams” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolams”ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat “kolams” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia ini seperti semut sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu.
 
Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari tertib. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.

Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam, payasam dan sebagainya.
 
 
 


 
 
 

Monday 12 November 2012

Cuti-Cuti Malaysia




Cuti semester dah bermula begitu juga dengan cuti sekolah, dan banyak perkara yang boleh dibuat semasa cuti ini. Perkara yang paling seronok dilakukan pada masa cuti ialah bersiar-siar terutamanya bersama keluarga dan banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi bersama ahli keluarga..................


  • CAMERON HIGHLANDS














Ramai diantara keluarga yang mungkin gemar pergi bercuti ditempat-tempat yang sejuk dan tinggi untuk menghirup udara yang segar. Cameron Highlands merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar kerana panorama ladang tehnya yang terbentang luas, buah-buah strawberi yang merah menyala disamping bunga-bunga segar yang hidup subur di tanah tinggi ini. Selain itu cuacanya yang sejuk memberi keselesaan kepada pelancong yang datang untuk bercuti.

  • MELAKA

 













Melaka sarat dengan tarikan sejarahnya, fakta yang saya yakin anda semua pun tahu. Cuma perlu bersedia untuk kesesakan di kawasan pusat bandar, lebih-lebih lagi musim cuti ini. Jadi, mungkin saya boleh cadangkan sebuah "resort" yang terletak berhampiran dengan tol Ayer Keroh, Philea Resort & Spa.

Dengan persekitaran di tengah-tengah alam semulajadi, Philea memang sesuai untk cuti seisi keluarga. Kolam renangnya besar dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan.


Dan kalau tinggal berhampiran kawasan Ayer Keroh, memang banyak tempat-tempat menarik boleh dikunjungi termasuk Taman Buaya, Taman Rama Rama, Zoo dan yang MESTI-PERGI, Taman Botanikal Melaka.




  • TAMAN NEGARA



Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.

Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu.

Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.


  • BUKIT FRASER
      


Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga .

Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.

Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.


  • PULAU TIOMAN



Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang.

Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.


Tempat-tempat yang diberi merupakan antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga pada musim cuti ini. Banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi dan ini dapat meninggalkan kenangan manis yang mungkin diingati sampai bila-bila. Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti dan semoga sampai ke destinasi dengan selamat.................







AKTIVITI MANFAAT SEMASA CUTI

Cuti semester dah bermula dan tentunya pelajar gembira bila tibanya waktu cuti. Banyak perkara manfaat yang boleh dilakukan sewaktu cuti selain daripada menonton televisyen dan lain-lain perkara yang tidak mendatangkan faedah..............Disini saya sertakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sepanjang cuti ini.

  • Mengikuti Program Khidmat Masyarakat.
Dengan menyertai program ini dapat mendidik diri kita untuk lebih mudah bergaul      dengan orang yang berada disekeliling kita selain dapat membina jati diri dalam membentuk sikap yang suka menolong didalam diri seorang pelajar. Program ini juga dapat mendekatkan para pelajar dengan cara hidup bermasyarakat dan dapat eratkan lagi silaturahim.

  • Menambah Pendapatan Sampingan.
Menambahkan pendapatan dan keuntungan tidak terhad kepada wang semata-mata, tetapi juga menerusi peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran menerusi aktiviti seperti membaca, menonton internet, menghadiri kelas-kelas kemahiran dan sebagainya. Aktiviti menulis blog juga merupakan satu cara mengisi lapang yang baik. Kita bukan sahaja dapat mengeluarkan pandangan, malah dapat juga menjana wang sampingan.

  • Meningkatkan Kesihatan Diri.
Masa lapang juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan diri seperti mengurangkan berat badan, bersenam dan sebagainya. Pada waktu pagi kita boleh melakukan senaman seperti yoga dan tai chi, pada waktu petang pula kita boleh beriadah seperti bermain bola sepak, berkayak, berjoging dan sebagainya. Secara tidak langsung otot-otot fizikal kita akan menjadi semakin kuat dan daya ketahanan badan meningkat.




  • Berzikir Dan Mengingati Tuhan.
Salah satu aktiviti ringkas yang boleh dilakukan semasa kelapangan ialah berzikir dan mengingati Tuhan. Aktiviti kerohanian seperti ini dapat menyucikan akal fikiran dan jiwa kita supaya kita berasa lebih tenang dan damai. Selain mengelakkan kita terjerumus dalam perkara-perkara yang dilarang agama.

  • Melakukan kerja-kerja Rumah.
Dengan masa lapang yang ada kita hendaklah sentiasa ringan tulang untuk membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, membersihkan kawasan rumah, menyapu dan sebagainya. Dengan itu secara tidak langsung dapat meringankan beban ibu bapa yang mungkin tidak sempat untuk melakukannya kerana sibuk dalam bekerja.

  • Beriadah Bersama Keluarga.
Masa bersama keluarga merupakan masa yang paling dinantikan oleh semua orang dalam mengisi masa cuti yang ada. Beriadah bersama keluarga dapat memberi kenangan yang manis disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan yang ada dan berkongsi cerita atau masalah sesama keluarga.

  • Pilih Buku Yang Sesuai Untuk Membaca.
Membaca buku merupakan satu amalan yang amat penting dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan memberi pelbagai sumber maklumat yang kita sendiri kurang tahu atau tidak tahu. Dengan memilih buku yang sesuai dapat memberi motivasi kepada diri dan menanamkan nilai-nilai positif dikalangan pelajar.

Diharapkan dengan aktiviti-aktiviti yang diberi dapat mendorong pelajar menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan tanpa menggunakan tenaga atau wang ringgit dan semua ini bergantung pada diri kita sendiri dalam melaksakannya..........