Sunday, 28 October 2012

Antara Hikmah Hari Raya Aidiladha



  1. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala unntuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail.
  2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah ruah.
  3. Menanamkan perasaan kasih sayang antara si kaya dengan si miskin.


Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban............

  1. Menambah amal kebajikan- Sabda Rasullulah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Tirmidzi,Ibnu Majah dan al-Hakim)
  2. Sebagai penebusan dosa- Sabda Rasullulah s.a.w. kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya: "Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (al-Bazzar dan Ibnu Hibban) 
  3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasullulah s.a.w: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelilah korban dengan megharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla. 

No comments:

Post a Comment