Sunday, 28 October 2012

video microsoft power point
microsoft power point

Antara Hikmah Hari Raya Aidiladha



  1. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala unntuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail.
  2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah ruah.
  3. Menanamkan perasaan kasih sayang antara si kaya dengan si miskin.

DISEBALIK KISAH HARI RAYA AIDILADHA.........


  • AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji. Sambutan hari raya ini oleh umat islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan islam di Madinah. Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an- Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud:  " Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

  • Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga  14  Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

  • Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu, dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi).         

                                                     
Assigment 2 microsoft excel

Sunday, 21 October 2012

Cara-cara Menjaga Keselamatan Komputer


Pencegahan Dari Jangkitan Virus- Untuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian anti-virus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya. Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.

  • Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)- Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru.


  • Menghalang password Cracker-
  • - Gunakan random password hasil daripada       kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol.
    - Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan.
    - Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.
    - Jangan memberikan password kita kepada orang lain. Sebaiknya ingat password kita.

    • Gunakan Internet Firewall
     -
    Merupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, virus, dan  cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.
    - Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.

    Kelebihan Mozilla Firefox


    Baiklah.Saya nak cerita sikit pasal satu web browser kegemaran saya.Mozilla Firefox namanya.Sudah dekat 2 tahun saya menggunakan Firefox ni.Memang menarik.Bagi kita rakyat Malaysia ni biasanya menggunakan Internet Explorer (IE) sebagai web browser.Kena bayar IE ni sebab ia datang dari Microsoft.Apa kat cuba Mozilla Firefox pulak.



    Apa kelebihan Mozilla Firefox ni?
    1. Bila kita guna internet ia jadi lebih selamat sebab ia mementingkan keselamatan dalam internet dan sekarang,ia ada fungsi untuk halang dari penipuan internet (online scam).Lebih selamat kan?

    2. Tema antara muka (theme) yang boleh ditukar.Ni satu lagi kelebihan yang tiada dalam Internet Explorer.
    Macam-macam tema ada.Kita cuma perlu download di website Firefox atau dari setting Firefox kita dan kemudian install macam biasa.Maklumat lanjut layari www.mozilla.com.


    3. Mengikut dari pembacaan saya,Firefox lebih laju page loading berbanding Internet Explorer dan kita juga boleh setting Firefox untuk menjadi laju.Baca di sini cara melajukan Mozilla Firefox

    20 Fakta Menarik Mengenai Tubuh Manusia




      Tubuh badan manusia mempunyai banyak rahsia tersendiri yang mempunyai keajaiban tertentu. Berikut adalah fakta yang menarik mengenai anggota badan manusia yang mungkin ramai tak tahu:
                                                                                                                                    
    1.  Saiz mata manusia adalah kekal sejak dilahirkan. Tetapi hidung dan telinga kita tidak pernah berhenti membesar.
    2. Semasa hayat manusia, kita akan menghasilkan air liur yang cukup banyak untuk memenuhi dua kolam renang. Air liur, sebenarnya lebih penting daripada apa yang kita sangka. Jika air liur kita tidak berfungsi, kita tidak dapat merasai kelazatan makanan.
    3. Kaki manusia mempunyai 52 tulang, menyumbang satu perempat daripada semua tulang badan manusia.
    4. Kaki mempunyai 500,000 kelenjar peluh dan boleh mengahasilkan lebih daripada satu pain peluh sehari.
    5. Badan kita boleh mengeluarkan haba yang cukup dalam masa 30 minit untuk membuatkan setengah gelen air mendidih.
    6.               
    7. Badan kita mempunyai cukup besi untuk membuat paku berukuran 3 inci panjang.
    8.  Setiap orang mempunyai bau yang unik, kecuali kembar seiras, yang mempunyai bau yang sama.
    9. Gigi kita berkembang 6 bulan sebelum dilahirkan. That is why satu daripada setiap 2000 bayi yang baru lahir mempunyai gigi apabila dilahirkan.
    10. Kepala seorang bayi adalah satu perempat daripada jumlah panjang. Tetapi apabila kita berumur 25 tahun, iannya akan menjadi satu perlapan daripada jumlah panjang, ini adalah kerana kepala manusia tumbuh pada kadar yang lebih perlahan daripada anggota badan yang lain.
    11. Bayi dilahirkan dengan 300 tulang, tetapi apabila dewasa tulang kita berkurang 206. Beberapa tulang, seperti tulang tengkorak,bergabung antara satu sama lain.
    12. Hidung kita boleh mengingati 50,000 aroma yang berbeza.Tetapi seorang wanita boleh menghidu sesuatu yang berbau busuk lebih baik daripada seorang lelaki.
    13.   
    14. Badan manusia dianggarkan mempunyai 60,000 km saluran darah.
    15. Jangka hayat rambut manusia adalah 3 hingga 7 tahun secara purata. Setiap hari manusia akan kehilangan secara purata 60-100 helai rambut.
    16. Manusia mempunyai ketinggian lebih kurang 1 cm pada waktu pagi berbanding pada waktu petang, kerana semasa waktu normal pada siang hari, rawan di lutut dan kawasan-kawasan lain perlahan-lahan menjadi mampat.
    17. Otak manusia beroperasi pada jumlah yang sama seperti kuasa mentol lampu 10 watt, walaupun ketika kita sedang tidur. Malah, otak lebih aktif pada waktu malam berbanding pada siang hari.
    18. Impuls saraf bergerak secepat 70 batu sejam ke/dari otak manusia. Neuron terus berkembang di seluruh kehidupan kita. Maklumat bergerak pada kelajuan yang berbeza dalam pelbagai jenis neuron.
    19. Janin manusia memperolehi cap jari pada usia 3 bulan.
    20. Bibir manusia berwarna merah kerana kepekatan kapilari betul-betul dibawah kulit bibir.
    21. Tiga ratus juta sel mati dalam tubuh manusia setiap minit.
    22. Seperti cap jari, setiap individu mempunyai bentuk lidah yang unik yang boleh digunakan sebagai pengelan diri.

    Fakta Mengenai Ketawa

      
      


    1. Tahukah anda ketawa 100 kali bersamaan 15 minit senam berbasikal. Ketawa dapat meningkatkan kadar jantung dan menggunakan banyak otot dimuka, perut dan diafragma.

    2. Selain memulih mood kita, ketawa boleh mengurangkan stress, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.

    3. Peringkat dua hormon-hormon tekanan, kortisol dan epinefrina yang mana menindas sistem imun badan, sebenarnya akan dijatuhkan selepas satu dos ketawa.

    4. Ketawa menyebabkan perubahan positif dalam kimia otak dengan melepaskan endorphins , dan ia membawa lebih oksigen ke dalam badan dengan penarikan nafas lebih dalam.

    5. Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan,kebimbangan dan ketegangan.

    6. Ketawa menggalakkan tumpuan pada sikap yang baik daripada sikap yang buruk.

    7. Antibodi yang paling kuat di badan kita dijumpai di badan apabila kita ketawa sepanjang masa.

    14 Fakta Menarik Yang Mencuit Hati

     
     
    14 Fakta menarik yang agak mencuit hati sebagai tatapan pengunjung yang dikasihi. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap kejadian baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya.
    “Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.”(Surah Al-Imram, ayat 191).
     
    1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
    2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
    3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding
    keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat
    di bumi.
    4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
    5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
    6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau
    lebih.
    7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni
    tangga.
    8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
    9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku
    sendiri.
    10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
    11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung
    dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
    12. Semua beruang kutub adalah kidal.
    13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
    14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
    *Marilah sama-sama kita sentiasa memuji kebesaran Allah SWT dengan selalu berzikir kepadaNYA..
    Subhanallah. ..Walhamdulillah … wallahuakbar.

    Kesan Pengambilan Cili Berlebihan


                                                                            
                    
    Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

    Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.
    Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

    Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

    Meningkatkan asid perut Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

    Gangguan perut akut Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

    Peradangan Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

    Sukar tidur atau insomnia Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

    Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.

    Bagaimana Mengubah Unit Ukuran Pada Microsoft Word

    Kebiasaanya masalah yang sering berlaku bila mengunakan microsoft word ialah bila mengubah saiz margin. Bila nak mengubah saiz unit ukuran  dalam inci. Lepas tu kita tak tahu macam mana nak setting. Untuk mengubah unit ukuran mudah sahaja mari kita lihat cara-caranya. Untuk tutorial ini saya menggunakan microsoft word 2007. Rasanya mungkin tidak banyak beza dengan pengguna microsoft 2010.

    Bagaimana mengubah unit ukuran pada microsoft word?
    OK. Jom kita mulakan tutorial kita.
    1. Buka microsoft word.
    2. Klik pada Button dan seterusnya klik pada Word Options.

    3. Selepas tu akan keluar pop-up. Klik pada advanced dibahagian sidebar kiri.

    4. Dibahagian Display ubah unit ukuran kepada milimeter atau mana yang sesuai dengan keperluan korang.
    5. Setelah siap klik OK dibahagian bawah.
    Haaa… senangkan?
    Tak susah pun. So, lepas ni diharapkan dengan tutorial bagaimana mengubah unit ukuran pada microsoft word ni dapat membantu untuk mempercepatkan proses kerja menaip. Tak adalah pening-pening lagikan?



    

    Cara-cara Menjaga Alam Sekitar



        Kebersihan merupakan aspek  terpenting dalam hidup manusia.Kebersihan mencerminkan peribadi sesebuah masyarakat dan negara.Kebersihan tidak terhad kepada menjaga kebersihan tubuh badan,malah merangkumi kebersihan alam sekitar.Oleh itu,rakyat haruslah bersama-sama berusaha untuk     memelihara kebersihan alam sekitar.