Sunday 25 November 2012

FAKTA MENGENAI AL-QURAN





15 Fakta Tentang Al-Quran

1. Nama-nama lain Al-Quran yang disebut di dalam Al-Quran sendiri:
Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor dan Al-Huda.

2. Pertama kali Al-Quran diturunkan di:
Gua Hira (Makkah).

3. Tempoh Al-Quran diturunkan:
Secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari.

4. Jumlah surah yang diturunkan di Makkah:
86 atau 19/30 daripada isi Al-Quran.

5. Jumlah surah yang diturunkan di Madinah:
28 atau 11/30 daripada isi Al-Quran.

6. Jumlah ayat Sajdah (ayat disunatkan sujud tilawah apabila dibaca) di dalam Al-Quran:
15 ayat dalam 14 surah. Terdapat 2 ayat Sajdah dalam surah Al-Haj.

7. Berapa kali perkataan Allah disebut di dalam Al-Quran:
2698.

8. Berapa kali Al-Quran menekankan mengenai solat?
700.

9. Apakah perkara-perkara yang disentuh dalam Al-Quran?
Tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya.

10. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Yaa aiyu Han nabi?
11.

11. Dalanm surah mana Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Ahmad?
Surah As-Saf ayat 6.

12. Siapa orang pertama yang mengira ayat-ayat Al-Quran?
Aisyah r.a.

13. Siapa yang memberi nasihat kepada Saidina Abu Bakar agar mengumpulkan Al-Quran?
Saidina Umar Al-Khattab.

14. Perbezaan ayat-ayat Makkiyah dengan ayat Madaniyah:
Makkiyah – Lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan “yaa aiyuhannaas..” dan bersangkut dengan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.
Madaniyah – Berjumlah 4,780, lebih kerap dimulakan dengan perkataan “yaa aiyuhalladzina aamanu..” dan mengandungi hukum-hukum.

15. Nama nabi yang paling banyak disebut di dalam Al-QUran:
Nai Musa a.s.

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM





Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula
dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam
juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa
yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah
kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya
sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang
terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda
kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah,
namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang
sungguh bernilai.


Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru
berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah,
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.


Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana
banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping
ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan
ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan
memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi
pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang
mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari
Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu
darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw
dan mengenyangkan perut mereka."

Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari
Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab
Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari
Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan
laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari
Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan
menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah
memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga
kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan
terjadi pada hari Asyura."

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa
kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat
mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya
memohon keampunan.


Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah
sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka
diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini
mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya
Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah
kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi
Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka
berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.


Saturday 17 November 2012

AWAL MUHARRAM



Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.

Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Maal hijrah atau Awal Muharram merupakan merupakan permulaan tahun baru bagi takwim islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
 dalam tahun 622 Masihi.

Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) kepada yang lebih baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam islam bahkan ia adalah sebahagian dalam islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran islam itu sendiri.


KELEBIHAN BULAN MUHARRAM


1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)


Amalan Awal Muharram


Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.


Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com
Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang.
Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut.
Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya… inilah yang dituntut oleh Islam!.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Jelas Ibni Abbas lagi,
“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:




“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram.
Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:



“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.
Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH.......


PERAYAAN DEEPAVALI


Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali ....

Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat
pada suatu masa dahulu.
 
 
 
 
 
Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebaikan akan mengatasi kejahatan. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar tidak melakukan kejahatan.
 
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
 


 

Pada pagi hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolams” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolams”ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat “kolams” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia ini seperti semut sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu.
 
Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari tertib. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.

Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam, payasam dan sebagainya.
 
 
 


 
 
 

Monday 12 November 2012

Cuti-Cuti Malaysia




Cuti semester dah bermula begitu juga dengan cuti sekolah, dan banyak perkara yang boleh dibuat semasa cuti ini. Perkara yang paling seronok dilakukan pada masa cuti ialah bersiar-siar terutamanya bersama keluarga dan banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi bersama ahli keluarga..................


  • CAMERON HIGHLANDS














Ramai diantara keluarga yang mungkin gemar pergi bercuti ditempat-tempat yang sejuk dan tinggi untuk menghirup udara yang segar. Cameron Highlands merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar kerana panorama ladang tehnya yang terbentang luas, buah-buah strawberi yang merah menyala disamping bunga-bunga segar yang hidup subur di tanah tinggi ini. Selain itu cuacanya yang sejuk memberi keselesaan kepada pelancong yang datang untuk bercuti.

  • MELAKA

 













Melaka sarat dengan tarikan sejarahnya, fakta yang saya yakin anda semua pun tahu. Cuma perlu bersedia untuk kesesakan di kawasan pusat bandar, lebih-lebih lagi musim cuti ini. Jadi, mungkin saya boleh cadangkan sebuah "resort" yang terletak berhampiran dengan tol Ayer Keroh, Philea Resort & Spa.

Dengan persekitaran di tengah-tengah alam semulajadi, Philea memang sesuai untk cuti seisi keluarga. Kolam renangnya besar dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan.


Dan kalau tinggal berhampiran kawasan Ayer Keroh, memang banyak tempat-tempat menarik boleh dikunjungi termasuk Taman Buaya, Taman Rama Rama, Zoo dan yang MESTI-PERGI, Taman Botanikal Melaka.




  • TAMAN NEGARA



Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.

Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu.

Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.


  • BUKIT FRASER
      


Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga .

Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.

Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.


  • PULAU TIOMAN



Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang.

Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.


Tempat-tempat yang diberi merupakan antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga pada musim cuti ini. Banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi dan ini dapat meninggalkan kenangan manis yang mungkin diingati sampai bila-bila. Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti dan semoga sampai ke destinasi dengan selamat.................







AKTIVITI MANFAAT SEMASA CUTI

Cuti semester dah bermula dan tentunya pelajar gembira bila tibanya waktu cuti. Banyak perkara manfaat yang boleh dilakukan sewaktu cuti selain daripada menonton televisyen dan lain-lain perkara yang tidak mendatangkan faedah..............Disini saya sertakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sepanjang cuti ini.

  • Mengikuti Program Khidmat Masyarakat.
Dengan menyertai program ini dapat mendidik diri kita untuk lebih mudah bergaul      dengan orang yang berada disekeliling kita selain dapat membina jati diri dalam membentuk sikap yang suka menolong didalam diri seorang pelajar. Program ini juga dapat mendekatkan para pelajar dengan cara hidup bermasyarakat dan dapat eratkan lagi silaturahim.

  • Menambah Pendapatan Sampingan.
Menambahkan pendapatan dan keuntungan tidak terhad kepada wang semata-mata, tetapi juga menerusi peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran menerusi aktiviti seperti membaca, menonton internet, menghadiri kelas-kelas kemahiran dan sebagainya. Aktiviti menulis blog juga merupakan satu cara mengisi lapang yang baik. Kita bukan sahaja dapat mengeluarkan pandangan, malah dapat juga menjana wang sampingan.

  • Meningkatkan Kesihatan Diri.
Masa lapang juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan diri seperti mengurangkan berat badan, bersenam dan sebagainya. Pada waktu pagi kita boleh melakukan senaman seperti yoga dan tai chi, pada waktu petang pula kita boleh beriadah seperti bermain bola sepak, berkayak, berjoging dan sebagainya. Secara tidak langsung otot-otot fizikal kita akan menjadi semakin kuat dan daya ketahanan badan meningkat.




  • Berzikir Dan Mengingati Tuhan.
Salah satu aktiviti ringkas yang boleh dilakukan semasa kelapangan ialah berzikir dan mengingati Tuhan. Aktiviti kerohanian seperti ini dapat menyucikan akal fikiran dan jiwa kita supaya kita berasa lebih tenang dan damai. Selain mengelakkan kita terjerumus dalam perkara-perkara yang dilarang agama.

  • Melakukan kerja-kerja Rumah.
Dengan masa lapang yang ada kita hendaklah sentiasa ringan tulang untuk membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, membersihkan kawasan rumah, menyapu dan sebagainya. Dengan itu secara tidak langsung dapat meringankan beban ibu bapa yang mungkin tidak sempat untuk melakukannya kerana sibuk dalam bekerja.

  • Beriadah Bersama Keluarga.
Masa bersama keluarga merupakan masa yang paling dinantikan oleh semua orang dalam mengisi masa cuti yang ada. Beriadah bersama keluarga dapat memberi kenangan yang manis disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan yang ada dan berkongsi cerita atau masalah sesama keluarga.

  • Pilih Buku Yang Sesuai Untuk Membaca.
Membaca buku merupakan satu amalan yang amat penting dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan memberi pelbagai sumber maklumat yang kita sendiri kurang tahu atau tidak tahu. Dengan memilih buku yang sesuai dapat memberi motivasi kepada diri dan menanamkan nilai-nilai positif dikalangan pelajar.

Diharapkan dengan aktiviti-aktiviti yang diberi dapat mendorong pelajar menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan tanpa menggunakan tenaga atau wang ringgit dan semua ini bergantung pada diri kita sendiri dalam melaksakannya..........












       


Tuesday 6 November 2012

Makanan Untuk Menjana Minda Kuatkan Daya Ingatan

Salam pembaca pemikirkaya.

Sempena bulan Peperiksaan Mid Sem ini, saya nak kongsikan sedikit tentang pemakanan. Bagi saya apa yang kita makan itu penting dan tabiat pemakanan kita juga penting. Ini kerana kita adalah apa yang kita makan.

Dalam pemakanan zat dan nutrien yang diambil amat penting. Bagi mereka yang sering menggunakan minda sebagai sumber utama untuk mencari rezeki, saya amat menggalakan untuk memberikan tumpuan kepada makanan yang mampu membantu daya ingatan kita.

Saya percaya ramai di kalangan kita yang sering lupa tentang perkara-perkara penting sehingga ia mengganggu rutin harian?

Tentu anda ingin tahu makanan tertentu yang boleh bantu tingkat pertumbuhan memori ingatan dan memperbaiki fungsi otak?.

Menurut American Dietetic Association ( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling kelaparan kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan.

Di sini ada 12 jenis makanan yang di yakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.

1. Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar “Raja Ubat” ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. Cuba ini: Jus Kurma Madu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

2. Kacang merah

Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan, boleh cuba ini: Agar-agar Cendol.

3. Kismis

Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan, cuba ini: Nasi Kismis Ayam.

4. Telur

Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus.



5. Susu dan yogurt

Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Cuba ini: Fillet ayam goreng rangup.

Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

6. Halia

Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan, cuba ini: Daging Halia.

7. Salmon

Ikan salmon adalah ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Cuba ini: Salmon Panggang.

8. Oat

Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

9. Berry

Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.

10. Daging tanpa lemak

Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandung banyak zat besi. Ia juga mengandungi mineral seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan. Boleh cuba ini: Daging cendawan.

11. Daging Burung Merpati

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

12. Daging Ayam

Daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.



Sunday 4 November 2012

TIP-TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN




Sudahkah anda bersedia menghadapi peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebat menghadapi peperiksaan? Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untuk menghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan 9 tips untuk sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelum menghadapi peperiksaan.

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi memberi kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.


Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.

Mohon Maaf

 Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.


Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.