Sunday 21 October 2012

Cara-cara Menjaga Keselamatan Komputer


Pencegahan Dari Jangkitan Virus- Untuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian anti-virus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya. Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.

  • Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)- Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru.


  • Menghalang password Cracker-
  • - Gunakan random password hasil daripada       kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol.
    - Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan.
    - Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.
    - Jangan memberikan password kita kepada orang lain. Sebaiknya ingat password kita.

    • Gunakan Internet Firewall
     -
    Merupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, virus, dan  cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.
    - Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.

    No comments:

    Post a Comment