Sunday 21 October 2012

Cara-cara Menjaga Alam Sekitar



    Kebersihan merupakan aspek  terpenting dalam hidup manusia.Kebersihan mencerminkan peribadi sesebuah masyarakat dan negara.Kebersihan tidak terhad kepada menjaga kebersihan tubuh badan,malah merangkumi kebersihan alam sekitar.Oleh itu,rakyat haruslah bersama-sama berusaha untuk     memelihara kebersihan alam sekitar.

            Amalan menjaga kebersihan alam sekitar seharusnya bermula di rumah.Ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada ahli keluarga yang lain.Mereka boleh mengarahkan anak-anak untuk membantu mereka membersihkan kawasan rumah.Anak-anak dibahagikan kerja mengikut kapasiti masing-masing seperti menyapu halaman rumah,membersihkan tempat-tempat takungan air dan menanam bunga-bungaan bagi mencantikkan pemandangan.
            Di samping itu,aktiviti gotong-royong patut sering diadakan di kawasan perumahan dan juga kampung.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membersihkan saluran air yang tersumbat,menanam pokok-pokok dan membersihkan taman permainan kanak-kanak.Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan serta mengindahkan alam sekitar,malah dapat mengeratkan
ikatan perpaduan antara kaum.
            Konklusinya,aspek kebersihan mestilah dititikberatkan dalam kehidupan kita.Setiap orang di negara ini harus bersama-sama menggalas tanggungjawab memelihara persekitaran bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Negara yang bersih akan melahirkan masyarakat yang sihat.




No comments:

Post a Comment